OSTEOPOROSIS

5:44 PM Unknown 0 Comments

Kanak-kanak dan remaja apabila jatuh akan dengan mudahnya bangun semula tanpa terjadi apa-apa kecuali lebam atau luka yang sedikit. Ini berbeza daripada orang yang lebih tua apabila mereka ini jatuh,mereka akan mengalami tulang patah atau retak yang menyakitkan dan proses penyembuhan yang lebih lambat.

Kenapa ini terjadi,ini kerana ketumpatan tulang yang berbeza. Semakin berumur seseorang itu, tulang hilang ketumpatan dan menjadi rapuh. Oleh itu, orang yang lebih berumur akan lebih senang mengalami tulang patah atau retak walaupun jatuh hanya sedikit. Seperti bahagian tubuh yang lain, tulang terdiri daripada sel-sel yang mempunyai kitaran hidup. Di awal usia kita, tulang terdiri dari banyak sel-sel hidup dan semakin berusia seseorang, sel-sel ini akan berkurangan dan tulang menjadi lebih rapuh. Sel-sel tulang ini akan mencapai tahap maksimum pada usia kita 30-an.

Osteoporosis walaupun tidak sebahaya dan ditakuti seperti serangan jantung atau strok tetapi kesan jangka panjang setelah menghadapi tulang yang patah patut diambil kira. Antaranya ialah seperti 'bed sores' iaitu ulser/luka pada bahagian tubuh disebabkan oleh tekanan berpanjangan pada bahagian tubuh tertentu akibat terlantar di atas katil terlalu lama. Ramai pesakit yang lebih tua terpaksa menjalani pembedahan akibat tulang yang patah dan kesan daripada pembedahan ini dapat menyebabkan kurang daya tahan terhadap penyakit lain dan ramai di antara pesakit akhirnya terlantar di hospital dan mengalami jangkitan kuman pada paru-paru. Ini memanjangkan lagi proses penyembuhan tulang dan akhirnya pesakit terlantar di hospital dengan pelbagai masalah kesihatan yang lain.

Walaupun pada tahap ini,tulang lebih rapuh berbanding pada usia muda, kita masih boleh mengambil langkah-langkah untuk menjaga kesihatan tulang kita.



PRODUK TENUSU
Produk tenusu seperti susu,yogurt dan keju adalah sumber kalsium yang baik dan juga nutrien lain iaitu phosphorus,protein dan magnesium(penting untuk perkembangan tulang yang optimal). Adalah lebih baik juga jika tabiat pengambilan sumber ini dimulakan dari awal lagi.

IKAN
Ikan sardin dan salmon adalah sangat bagus untuk jantung kerana mempunyai sumber omega3. Ikan jenis ini juga mengandungi kalsium dan vitamin D(penting untuk penyerapan kalsium).

SAYURAN HIJAU
Sayuran hijau seperti brokoli kaya dengan vitamin K dan potassium yang membantu pembinaan tulang yang lebih tumpat dan mengurangkan kehilangan kalsium. Tulang akan menjadi lebih padat dan kuat.

KEKACANG
Kacang adalah sangat kaya dengan protein. Protein ini penting dalam mengekalkan jisim tulang apabila kita dewasa. Oleh itu kekurangan protein akan menyebakan struktur menjadi rapuh dan menyebakan tulang lebih mudah patah dan penyembuhan juga menjadi lambat.

SOYA
Soya dan tofu bukan sahaja kaya dengan kalsium dan protein tetapi juga isoflavines. Isoflavines ini sangat sangat penting untuk dalam mengekalkan kepadatan tulang dan mengurangkan osteoporosis kepada wanita-wanita selepas menopause.

KURANGKAN PENGAMBILAN:

Garam: Semakin banyak pengambilan garam,semakin banyak kalsium akan hilang melalui urine. Pengambilan makanan segera juga perlu dikurangkan.

Caffeine dan minuman berkabonat: Minuman jenis ini dapat menganggu penyerapan kalsium yang optimal.




Apa Ada Dalam Kalsium (Ostematrix) Shaklee?

KALSIUM
250mg kalsium dalam setiap tablet. Individu digalakkan untuk mengambil 1000mg kalsium setiap hari dan cara yang terbaik bukanlah ambil sekaligus 1000mg kerana ianya tidak akan menghasilkan kesan yang baik. Kenapa? Sebabnya kalsium dapat diserap dengan baik bila diambil dalam dos yang rendah. Sebaiknya adalah tidak lebih dari 500mg setiap kali pengambilan. Sebab itu Ostematrix Shaklee dicadangkan diambil 4 biji sehari di mana 2 biji diambil setiap pengambilan.
Dan Kalsium (ostematrix) juga baik diambil bersama makanan. Bukannya ketika perut kosong.

VITAMIN D
Kalsium memerlukan Vitamin D untuk membantu penyerapan yang baik. Tanpa vitamin D, badan tidak dapat mendapat cukup 'hormone calcitriol'(dikenali sebangai Vitamin D aktif). Bila tidak cukup hormon ini, badan akan mengambil kalsium dari rangka yang sedia ada, yang mana akan melemahkan tulang-tulang kita.

Kalsium dan Vitamin D sangat digalakkan untuk mengelakkan dari osteoporosis. Golongan yang paling sesuai untuk mengambil kalsium (ostematrix) adalah:

1. Ibu menyusu, mengandung
2. Suami/isteri bekerja yang selalu kepenatan dengan kerja
3. Warga emas
4. Wanita yang mengalami masalah PMS - sakit semasa datang bulan
5. Mereka yang mengalami kekejangan otot



meh oder n dapatkan harge menarik beserta konsultasi percuma dari saya

Norain Liyana Yusoff
SID 1076017.
contact me:pm/sms/wassap/wechat 01112919805. 

Anda boleh membeli OSTEMATRIX SHAKLEE secara terus di sini:
KLIK DI SINI UNTUK MEMBELI OSTEMATRIX SHAKLEE SECARA TERUS DI ESELL 

0 comments: