Terdapat segelintir orang yang masih keliru apakah perbezaan
di antara serangan sakit jantung dan serangan stroke. Ada pula yang
ingat bahawa ia adalah dua istilah yang berbeza yang merujuk kepada
perkara yang sama.
Tidak Sekali! Sungguh pun sakit jantung dan serangan stroke berpunca
daripada faktor yang sama, iaitu kandungan kolesterol yang tinggi yang
menyebabkan
tekanan darah tinggi dan kesumbatan kapilari darah. Tetapi kedua-dua keadaan tersebut adalah berbeza.
 |
Penyakit jantung adalah pembunuh utama wanita. |
 |
Kolestrol mendap dalam saluran darah utama jantung menyebabkan otot jantung mati. |
 |
Salur darah tersumbat. |
Serangan Sakit Jantung
Serangan sakit jantung adalah keadaan di mana
terdapat kerosakan pada otot jantung, ekorang daripada pengurangan
pengaliran darah yang membawa oksigen dan nutrien kepada sel-sel
jantung.
Ia biasanya bermula apabila terdapa satu plak bekuan kolesterol yang
tertanggal daripada dinding saluran darah dan tersangkut pada bahagian
kapilari darah yang lebih sempit yang akhirnya menyebabkan kesumbatan
pengaliran darah.
Apabila sel-sel otot jantung kesuntukan bekalan makanan dan oksigen,
ia akan menjadi semakin merosot dan akhirnya mati dan berhenti
berfungsi. Keadaan seperti itu akan menyebabkan serangan sakit jantung
secara tiba-tiba.
 |
2 jenis strok iaitu disebabkan salur darah tersumbat atau salur darah pecah akibat tekanan darah tinggi. |
Serangan Stroke
Bagi serangan stroke pula, ia merupakan satu keadaan di mana salah
satu saluran darah utama di otak tersumbat. Saluran darah yang membeku
atau pecah akan menyebabkan pemberhentian bekalan darah kepada sel-sel
otak yang akhirnya menyebabkan kematian tisu saraf otak yang mengawal
fungsi badan tertentu.
 |
plak kolestrol menghalang perederan darah ke otak. |
Serangan stroke biasanya tidak membawa apa-apa rasa sakit sebelum
serangan berlaku. Ia berlaku secara tiba-tiba dan pesakit itu akan
pengsan dan kemungkinkan besar menjadi lumpuh pada bahagian tertentu
badan.
sumber: http://www.sakitjantung.org/
0 comments: