Masalah Kesuburan Wanita dan Lelaki
Seseorang itu mengalami masalah kesuburan jika
mengalami masalah untuk mendapatkan anak selepas mencuba lebih daripada
setahun. Selalunya pasangan akan mendapat cahaya mata selepas mencuba pada
tahun kedua tanpa sebarang pertolongan. Manakala sebaliknya ada yang masih
belum berjaya dan memerlukan rawatan lanjut.
Umur adalah faktor yang penting dalam faktor
kesuburan seseorang wanita. Wanita sangat subur pada lewat 20an dan pada umur
35 tahun ke atas kesuburan wanita akan berkurangan dengan cepat dan mungkin mudah
untuk mengalami keguguran.
Di dalam kes kesuburan ini :
·
50 % punca adalah disebabkan oleh sistem
peranakan wanita. Masalah mungkin berpunca daripada organ peranakan wanita
seperti ovari,tiub fallopio atau uterus. Masalah juga mungkin berlaku
disebabkan wanita tersebut mempunyai masalah untuk menghasilkan telur yang
sihat.
·
35 % adalah disebabkan oleh sistem
pembiakan lelaki. Masalah paling biasa dialami oleh lelaki ialah kurang
bilangan sperma dan sperma yang tidak cukup aktif.
·
10 % dari masalah kesuburan tidak dapat
dikenalpasti.
·
5 % adalah faktor lain-lain.
Faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kesuburan
untuk wanita dan lelaki :
·
Faktor persekitaran/pekerjaan.
·
Bahan toksik seperti merokok dan dadah.
·
'Exercise' yang melampau.
·
Diet yang tidak seimbang yang
menyebabkan obesiti atau anorexia.
·
Umur yang lanjut.
Punca ketidaksuburan pada lelaki:
Perbezaan sperma yang normal dan tidak normal. |
1. Sperma
yang tidak sihat: berpunca daripada pelbagai faktor seperti genetik, penyakit
seperti kencing manis, jangkitan kuman dan pembedahan di sekitar 'inguinal' yang
menyebabkan perubahan pada pada struktur darah ke testis. Salur darah yang
mengembang dapat mempengaruhi suhu dan seterusnya mempengaruhi jumlah dan
struktur sperma.
2. Masalah
dalam proses perjalanan sperma : Ini termasuklah masalah ejakulasi pramatang(premature
ejaculation), retrograde ejaculation di mana sperma tidak dapat dikeluarkan
akan tetapi kembali ke pundi kencing, masalah genetik seperti 'cystic fibrosis'
dan masalah struktur seperti saluran yang tersumbat.
3. Pendedahan
terhadap toksin dan bahan kimia seperti yang terdapat di dalam rokok, alkohol
dan steroids.
4. Kerosakan
disebabkan oleh kanser dan rawatan kanser. Radioterapi dan kemoterapi sangat
mempengaruhi kesihatan sperma.
Punca ketidaksuburan pada wanita :
![]() |
Sistem peranakan wanita. |
1. Masalah
ovulasi : yang menyebabkan proses pengeluaran ovum terhenti. Ini termasuklah
masalah hormon seperti 'polycystic ovary syndrom'. Ini menyebabkan hormon
lelaki 'testosteron' lebih banyak berbanding hormon wanita 'estrogen'.
2. Masalah
pada uterus atau cervix. Ini selalunya disebabkan oleh masalah pada pembukaan
cervix dan kewujudan fibroids pada dinding uterus. Fibroids ini dapat
mengganggu struktur uterus dan seterusnya menyukarkan ovum yang telah
disenyawakan untuk menampal di dinding uterus.
![]() |
Fibroids mengubah struktur uterus yang normal. |
3. Masalah
pada tiub fallopio : Ini selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman pada tiub
fallopio. Penyakit seperti endometriosis dapat mengganggu struktur tiub
fallopio tersebut.
![]() |
Tiub fallopio menghubungkan Ovari dan Uterus. |
4. Endometriosis
: berlaku apabila sel-sel endometrium yang sepatutnya berada pada struktur
uterus berada di struktur lain seperti ovari dan tiub fallopio.
![]() | ||||
Endometriosis. |
5. Ketidakupayaan
ovari atau menopaus awal : Ini berlaku apabila ovari berhenti menghasilkan ovum
dan haid berhenti pada umur sebelum 40 tahun. Ini disebabkan oleh penyakit
imun, rawatan radiasi dan kemoterapi disebabkan kanser dan juga faktor merokok.
6. Pelvic
adhesions : Ini disebabkan tisu-tisu pada organ yang melekat antara satu sama lain selepas melakukan pembedahan
seperti appendicitis dan pembedahan lain di sekitar abdomen dan pelvik.
KESUBURAN DAN SUPPLEMENTS

Antara
makanan yang diperlukan untuk meningkatkan kesuburan lelaki adalah makanan yang
mengandungi Zink, Silenium dan CoQ10.
Antara
sumber makanan yang mengandungi zink adalah hati lembu, tiram, daging,
biri-biri, daging rusa, bijan, biji labu, dadih, ayam Belanda, kacang hijau dan
udang.
Manakala
sumber makanan bagi Silenium adalah hati, ikan jenahak, ikan kod, ikan halibut,
tuna, salmon, sardin, udang, cendawan butang dan ayam Belanda.
Untuk
CoQ10 kebanyakannya ditemui dalam makanan laut dan organ lembu.
Shaklee menyediakan vitamin yang berasaskan CoQ10 di
dalam CoqHealth Plus Shaklee. CoQ10 adalah nutrient ini terdapat dalam setiap
sel hidup dan ia adalah keperluan untuk membekalkan tenaga bagi memastikan
tubuh berfungsi dengan baik.
Zink Shaklee
Zink
dirumuskan daripad glukonat semulajadi bergabung dengan nutrient semulajadi
yang lain seperti kalsium dan serbuk alfalfa untuk menjadikan zink mudah
diserap oleh tubuh badan kita.
Bagaimana Zink membantu
Kesuburan Lelaki
1.
Zink meningkatkan dan memperbaiki kesuburan lelaki iaitu dengan meningkatkan
kualiti dan bilangan sperma
2.
Pengambilan zink yang secukupnya meningkatkan keupayaan seks dan lebih
bertenaga.
3.
Membaiki masalah prostat dan penyembuhan benign prostatomegaly.
Menurut kajian dilakukan, pengambilan zink berterusan mampu mengurangkan
pembengkakan prostat hingga dalam kadar 70%.
4.
Membantu mempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran seperti luka
pembedahan.
pembedahan.
Kekurangan Zink kepada
Lelaki menyebabkan:
1.
Kematangan organ seks yang lambat
2.
Impoten
3.
Perkembangan yang kecil untuk testikel
4.
Bilangan sperma yang rendah dan kurang berkualiti
5.
Fungsi untuk seksual merosot
![]() |
Set kesuburan untuk wanita. |
GLA
GLA
adalah Gamma Linolenic Acid yang mengandungi asid lemak Omega-6 tak tepu. GLA
Shaklee digabungkan dengan minyak sunflower dan Vitamin E untuk meningkatkan
keberkesanan dan kestabilannya.
Bagaimana GLA membantu
Kesuburan Wanita.
GLA
bertindak untuk membantu wanita menghasilkan lendir servik yang berkualiti
untuk subur yang berwarna keputihan seperti putih telur . Kadang-kadang ia
seperti datang keputihan.
Setiap
sebulan dalam satu kitar period cecair lendir ini akan terhasil untuk
melambangkan kesuburan namun tidak semua orang akan menghasilkan lendir “subur”
itu.
Disini la
peranan GLA untuk memastikan kesuburan iaitu apabila sperma berenang melalui uterus hingga ke tiub
fallapio untuk mendapatkan telur ovum untuk disenyawakan. GLA ini untuk
membantu sperma hidup dalam tiub fallapio untuk tempoh hingga ke 5 hari.
Kebaikan GLA
1. Membantu mengurangkan sengugut
2. Membantu mengawal paras hormon wanita
3. Membantu kitar haid kembali normal.
Alfalfa untuk wanita membantu dalam hal2 organ kewanitaan dan
menyelesaikan masalah seperti keputihan dan sebagainya. Alfalfa dianggap sebagai kacip fatimah yang membantu dalam keselesaan dalam hubungan intim bersama suami.
TESTIMONI PENGGUNA SET KESUBURAN SHAKLEE.
0 comments: