Keracunan makanan.
Keracunan makanan
sebenarnya selalu terjadi. Akan tetapi di dalam sesetengah kes ianya juga boleh
membawa maut. Mereka yang dijangkiti keracunan makanan ini kadangkala tidak
menunjukkan sebarang simptom atau mempunyai simptom seperti ketidakselesaan
perut hingga keadaan yang lebih teruk seperti dehidrasi yang teruk dan najis
berdarah serta koma.
Terdapat pelbagai jenis jangkitan
bakteria yang menyebabkan keracunan makanan ini. Antara yang kerap terjadi
adalah disebabkan ole bakteria seperti 'Campylobacter, Salmonella, Shigella,
E.Coli, Listeria dan botulism'.
Bakteria tersebut boleh
merebak dalam pelbagai cara,antaranya:
·
Semasa pemprosesan makanan: Adalah normal bagi
bakteria berada di dalam usus haiwan akan tetapi apabila bakteria ini merebak
ke daging ini akan menyebabkan daging tersebut tercemar. Antara bakteria yang
selalu merebak melalui cara ini ialah seperti 'Campylobacter,salmonella, dan E.Coli'.
·
Semasa proses penanaman; Buahan dan sayuran
boleh tercemar sekiranya disiram atau dibasuh dengan air yang tercemar dengan
bahan buangan daripada haiwan atau manusia. Antara bakteria yang boleh merebak
dengan cara ini ialah 'Staphylococcus,E.Coli dan shigella'.
·
Semasa pengendalian makanan: Makanan juga boleh
tercemar jika dikendalikan oleh orang yang tidak sihat. 'Cross contamination'
juga boleh terjadi jika menggunakan peralatan yang tercemar.
·
Persekitaran: Terdapat pelbagai bakteria yang
terkandung di dalam udara,air dan habuk di sekeliling kita. Bakteria ini dapat
mecemarkan makanan yang terdedah, contohnya adalah bakteria 'Clostridium'.
SIMPTOM:
Simptom pertama yang akan muncul ialah cirit birit atau diarrhea.
Simptom lain yang akan berlaku ialah seperti loya, muntah, dan sakit pada
bahagian perut. Simptom ini berbeza bergantung kepada jenis bakteria yang menjangkiti
tubuh manusia, umur dan keadaan kesihatan individu.
Tidak semua keracunan makanan mempunyai simptom di atas, simptom yang
lebih teruk seperti lemah tubuh badan, kebas-kebas, perubahan pada perlakuan
boleh terjadi.
Setelah bakteria memasuki saluran makanan, bakteria akan bergerak
daripada perut ke usus. Di sini bakteria akan melekat pada dinding usus dan
akan mula membiak. Sesetengah bakteria akan terus berada di usus dan ada yang
akan mengeluarkan racun/toxin yang seterusnya akan diserap di dalam saluran
darah. Proses ini akan memakan masa selama beberapa jam atau hari bergantung
kepada jenis bakteria yang memasuki tubuh.
Kebanyakan bakteria menyebabkan simptom yang tipikal seperti cirit
birit, muntah dan kesakitan pada bahagian perut. Ini adalah disebabkan respon
tubuh yang normal untuk mengeluarkan bakteria di dalam tubuh.
Selalunya tubuh akan pulih dalam masa beberapa hari apabila semua
toksin dan bakteria dapat dikeluarkan. Tubuh akan menjadi sedikit lemah dalam
proses ini. Akan tetapi sesetengah bakteria akan menyebabkan kerosakan pada
tubuh yang lebih teruk seperti koma, kerosakan buah pinggang dan organ lain.
DAPATKAN RAWATAN JIKA:
·
Anda mengalami simptom dehidrasi yang teruk. Ini
termasuklah pembuangan air kencing yang sedikit, nafas yang laju,
berdebar-debar, pening dan mahu pitam dan perubahan perwatakan.
·
Jangkitan kuman 'botulism' daripada makanan di
dalam tin yang tercemar akan menyebabkan penglihatan 'double-vision', mengalami
masalah untuk menelan atau bernafas dan keadaan tubuh yang tiba-tiba lemah.
·
Cirit birit yang teruk(setiap 1-2jam) yang berlaku
melebihi 2 hari untuk orang dewasa.
·
Muntah-muntah melebihi sehari untuk orang
dewasa.
·
Ibu mengandung yang mengalami simptom-simptom di
atas.
·
Sakit perut yang sangat teruk.
·
Kanak-kanak, orang tua dan mereka yang mengalami
masalah kesihatan adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan secepat mungkin.
RAWATAN SENDIRI DI RUMAH:
Jika anda mengalami simptom yang ringan dan tidak membimbangkan,
rawatan di rumah boleh dilakukan dengan sendiri. Untuk mengelakkan dehidrasi,
minum air sebanyak mungkin. Jika boleh, minum air masak atau air garam setiap
kali membuang air besar. Air yang bergula seperti jus dan soda adalah tidak
disarankan kerana tidak dapat menggantikan elektrolit-elektrolit yang hilang.
Makan seperti biasa jika boleh. Ini akan membantu tubuh mendapat zat-zat
nutrien yang diperlukan. Ini akan dapat mencepatkan proses penyembuhan.
Kurangkan makanan berlemak dan bergula, makanan yang pedas dan kopi sehingga 2
hari selepas simptom hilang.
![]() |
ORS dapat membantu dalam menggantikan elektrolit yang hilang. |
Untuk kanak-kanak, mereka memerlukan jagaan yang lebih teliti. Berikan
mereka minum setiap jam dan teruskan diet yang normal untuk mereka. Makanan
yang baik adalah seperti kentang, daging ayam tanpa lemak, bijirin dan buahan
serta sayuran. Kurangkan makanan manis dan berlemak.
Seterusnya adalah penting untuk kita mengambil langkah berjaga-jaga
semasa mengendalikan makanan atau memilih tempat untuk membeli makanan. Ini
kerana keracunan makanan ini juga dapat memberi kesan yang sangat teruk terutamanya
pada kanak-kanak. Pilihla tempat yang bersih dan diyakini.
Selamat menyambut ramadhan al mubarak.
Artikel ini disunting daripada laman web : WebMD
0 comments: