Powered by Blogger.

Apakah Perbezaan Antara Serangan Sakit Jantung dan Serangan Stroke?

6:29 PM Unknown 0 Comments

Terdapat segelintir orang yang masih keliru apakah perbezaan di antara serangan sakit jantung dan serangan stroke. Ada pula yang ingat bahawa ia adalah dua istilah yang berbeza yang merujuk kepada perkara yang sama.

Tidak Sekali! Sungguh pun sakit jantung dan serangan stroke berpunca daripada faktor yang sama, iaitu kandungan kolesterol yang tinggi yang menyebabkan tekanan darah tinggi dan kesumbatan kapilari darah. Tetapi kedua-dua keadaan tersebut adalah berbeza.


Penyakit jantung adalah pembunuh utama wanita.

Kolestrol mendap dalam saluran darah utama jantung menyebabkan otot jantung mati.
 
Salur darah tersumbat.


Serangan Sakit Jantung
Serangan sakit jantung adalah keadaan di mana terdapat kerosakan pada otot jantung, ekorang daripada pengurangan pengaliran darah yang membawa oksigen dan nutrien kepada sel-sel jantung.
Ia biasanya bermula apabila terdapa satu plak bekuan kolesterol yang tertanggal daripada dinding saluran darah dan tersangkut pada bahagian kapilari darah yang lebih sempit yang akhirnya menyebabkan kesumbatan pengaliran darah.

Apabila sel-sel otot jantung kesuntukan bekalan makanan dan oksigen, ia akan menjadi semakin merosot dan akhirnya mati dan berhenti berfungsi. Keadaan seperti itu akan menyebabkan serangan sakit jantung secara tiba-tiba.




2 jenis strok iaitu disebabkan salur darah tersumbat atau salur darah pecah akibat tekanan darah tinggi.
Serangan Stroke
Bagi serangan stroke pula, ia merupakan satu keadaan di mana salah satu saluran darah utama di otak tersumbat. Saluran darah yang membeku atau pecah akan menyebabkan pemberhentian bekalan darah kepada sel-sel otak yang akhirnya menyebabkan kematian tisu saraf otak yang mengawal fungsi badan tertentu.
plak kolestrol menghalang perederan darah ke otak.


Serangan stroke biasanya tidak membawa apa-apa rasa sakit sebelum serangan berlaku. Ia berlaku secara tiba-tiba dan pesakit itu akan pengsan dan kemungkinkan besar menjadi lumpuh pada bahagian tertentu badan.

sumber:  http://www.sakitjantung.org/

0 comments: