Diabetes Semasa Hamil

5:10 AM Unknown 2 Comments

1) Apa itu GDM (Gestational Diabetes)?
Ianya adalah penyakit kencing manis yang dihadapi oleh wanita yang sedang hamil. Selalunya dihadapi pada lewat usia kehamilan. Namun ada juga wanita hamil mendapat kencing manis pada waktu awal kehamilan. Kemungkinan mereka memang terdapat genetik kencing manis adalah tinggi. Seperti kencing manis yang lain, kandungan gula di dalam darah wanita hamil adalah tinggi. Amatlah penting untuk memelihara kandungan daripada komplikasi akibat gula dalam darah yang tinggi ini.



2) Apakah penyebab kencing manis semasa hamil?
  • Ianya terjadi apabila tubuh tidak dapat menghasilkan hormon INSULIN yang cukup. Insulin inilah yang menukarkan gula kepada tenaga dan mengawal tahap gula dalam darah.

  • Ketika hamil, tubuh mengalami perubahan hormon dan juga mungkin penambahan berat badan. Perubahan inilah yang menyebabkan Insulin tidak dapat menjalankan peranan untuk menukarkan gula di dalam darah secara berkesan. Seterusnya, lebih banyak insulin diperlukan dan tubuh tidak dapat menghasilkan cukup Insulin. Maka terjadilah penyakit kencing manis ketika hamil. Berat badan berlebihan dapat memburukkan lagi keadaan.

3) Faktor-faktor penyumbang kepada lencing manis ketika hamil :
  • Berat badan berlebihan.

  • Menghidap penyakit kencing manis ketika kehamilan sebelum.

  • Pernah melahirkan bayi yang berat lebih dari 4kg.

  • Mempunyai keluarga yang mengalami kencing manis(keturunan).

  • Pre-diabetic / tahap gula di dalam darah yang lebih tinggi dari normal tetapi belum didiagnosis sebagai kencing manis.

  • Mempunyai masalah cyst ovari (PCOS/Polycystic Ovary Syndrome).

4) Bagaimana doktor mendiagnosis kencing manis ketika hamil?
  • Screening Glucose Challenge Test : Wanita yang hamil akan meminum air gula dan kemudian selepas sejam darah akan diuji. Jika kandungan gula di dalam darah adalah di paras yang tinggi, wanita hamil tersebut akan memerlukan ujian selanjutnya (OGTT).

  • Oral Glucose Tolerance Test (OGTT) : Wanita hamil perlu puasa 8 jam sebelum ujian dijalankan. Darah akan diambil sebelum ujian dan selepas 1-2 jam meminum air gula. Doktor dapat memastikan sekiranya wanita tersebut mengalami kencing manis dengan ujian ini.

5) Kesan kepada bayi :
Jika kencing manis semasa hamil tidak dikawal dengan baik, bayi di dalam kandungan juga akan mendapat kesan serupa. Gula yang berlebihan akan disimpan sebagai lemak.
  • Bayi dilahirkan adalah lebih besar dari normal. Berat melebihi 4kg. Ini akan menyukarkan proses kelahiran bayi tersebut dan mengundang bahaya kepada ibu dan bayi.

  • Bayi akan terdedah kepada paras gula yang sangat rendah sejurus selepas dilahirkan.

  • Akan mengalami masalah pernafasan.

  • Yang paling bahaya ialah bayi boleh meninggal di dalam kandungan.

  • Jaundis yang tinggi selepas dilahirkan.



    Drawing of a developing baby inside the womb. An arrow shows that glucose travels through the umbilical cord from the mother to the baby.

    Set Ibu Hamil Shaklee untuk DIABETES :

    1)VITALEA : mengandungi chromium untuk mengekalkan tahap normal glukosa di dalam darah dengan meningkatkan penggunaan Insulin.

    2)B COMPLEX : menukarkan glukosa berlebihan dalam darah kepada tenaga.

    3)VITAMIN C : memperbaiki toleransi glukosa di dalam darah serta merendahkan kadar sorbitol yang merupakan sejenis gula merbahaya jika terkumpul di dalam darah.

    4)OSTEMATRIX : membekalkan Magnesium untuk meningkatkan penghasilan Insulin dan mengurangkan rintangan sel kepada Insulin. Oleh itu insulin dapat diguna secara efektif oleh sel.

    5)ESP : sumber nutrisi yang lengkap dengan kandungan indeks glisemik rendah iaitu dipecahkan secara perlahan-lahan dan dapat mengawal daripada peningkatan gula secara mendadak.

2 comments:

  1. singgah sini..anak pertama mommy ada gdm..alhamdulillah kedua ketiga xde - mommy irra

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..tula sebab kesian kat baby kalau ibunya ada GDM ni..baby pun terkena skali.Ibu sihat,baby pun sihat =)

      Delete