JAPANESE ENCEPHALITIS(JE)

5:30 PM Norain Yusoff 0 Comments




JE adalah penyakit yang dapat merebak melalui gigitan nyamuk yang membawa kuman virus JE ini. Di serata dunia, kes JE meliputi sebanyak lebih kurang 70,000 kes setahun. Di Malaysia kes JE agak jarang berlaku namun 1 daripada 4 kesnya membawa maut. Dan pesakit yang sembuh juga mungkin tidak akan pulih sepenuhnya.

SIMPTOM-SIMPTOM:
 
Namun yang lebih membimbangkan adalah simptom-simptom yang akan dihadapi oleh pesakit itu sendiri. Simptom ini boleh menjadi sangat ringan seperti simptom jangkitan virus demam selsema yang biasa. Dan kebanyakan menganggap ianya hanya jangkitan yang biasa. Disebabkan inilah ramai pesakit yang menghidap JE lambat didiagnosis sehinggalah terlambat. Pesakit yang terlambat mendapat rawatan ini akan mengalami komplikasi sepanjang hayat seperti lumpuh. 

Adakah ianya jangkitan JE?
Tempoh inkubasi virus(masa antara pesakit dijangkiti virus sehingga simptom pertama muncul) ialah 5 hingga 15 hari. Simptom awal adalah demam panas, sakit-sakit pada otot, dan sakit kepala.

Dalam keadaan yang lebih serius, simptom-simptom adalah seperti:

  • ·         Lemah otot.
  • ·         Masalah pergerakan seperti kejang otot,lumpuh dan pergerakan menjadi lebih perlahan.
  • ·         Masalah dalam mengawal otot-otot muka dan menggerakkan bebola mata.
  • ·         Perubahan pada tahap kewarasan,pesakit menjadi kurang sedar terhadap keadaan sekeliling atau lebih sensitif kepada sekeliling.
  • ·         Koma.
  • ·         Masalah dalam pertuturan.
  • ·         Sawan.
  • ·         Masalah otot seperti ketar-ketar pada sesetengah tubuh.

Dapatkan Rawatan jika anda atau keluarga mendapat simptom-simptom seperti dia atas. Ini tidak bermakna anda dijangkiti JE, akan tetapi doktor akan dapat memastikan jika betul-betul terdapat kuman JE ini. Masa adalah sangat penting.

Rawatan:
Tiada rawatan spesifik dalam kes JE ini. Rawatan adalah bergantung kepada seteruk mana simptom pesakit. Rawatan yang amat mustahak adalah untuk memastikan pesakit tidak mendapat 'brain swelling' iaitu bengkak pada bahagian otak. Akan tetapi sebelum rawatan dimulakan, pesakit hendaklah dipastikan bahawa terdapat kuman JE di dalam tubuh mereka. Sampel darah dan tulang belakang akan diambil untuk ujikaji. 


Vaksinasi adalah langkah pencegah penyakit merbahaya ini.


Adalah dinasihatkan kepada masyarakat supaya mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghalang nyamuk terutama di kawasan yang disahkan mempunyai kes-kes JE ini. Vaccine juga boleh diambil sebagai langkah berjaga-jaga. Dapatkan nasihat doktor untuk vaksinasi terhadap JE ini.

Nyamuk pembawa virus JE.


artikel dipetik dari majalah Health Today.

0 comments: