Khasiat kunyit, teh hijau.

8:42 AM Norain Yusoff 0 Comments


Kebaikan teh hijau
Salah satu herba tradisional yang turut mendapat perhatian masyarakat dunia ialah teh hijau. Ia ialah daun teh yang masih hijau dan belum diproses untuk dijadikan serbuk untuk minuman. Daun teh hijau kaya dengan pelbagai komponen aktif yang baik terutamanya polifenol baik untuk kesihatan dan juga kecantikan. Lagi hijau daun teh itu, lagi tinggi kandungan polifenolnya. Menurut pakar nutrisi di Boston, Amerika Syarikat, Dr. Beth Reardon, teh hijau turut mengandungi bahan aktif Catechins yang mencegah kerosakan sel-sel di dalam badan. 

Teh hijau juga turut dipercayai melancarkan peredaran darah dan menurunkan kadar kolesterol. Kini teh hijau menjadi saranan kepada mereka yang menghidap penyakit berkaitan dengan jantung dan tekanan darah tinggi. Malah apa yang baik untuk badan, juga baik untuk otak. Satu kajian MRI di Switzerland membuktikan mereka yang mengamalkan pengambilan teh hijau setiap hari berjaya meningkatkan tahap memori dan menghalang pembentukan plag yang menjadi punya kepada penyakit Alzheimer. Menurut Dr. Reardon, teh hijau juga boleh diambil oleh penghidap kencing manis bagi menstabilkan paras gula dalam darah. 

Ubat sebelum sakit
Kombinasi curcumin yang diekstrak daripada kunyit dan teh hijau merupakan kombinasi terbaik bagi melawan dan mencegah pelbagai jenis penyakit dengan mudah. Tidak terhad untuk mereka yang ingin mengatasi masalah kesihatan, curcumin dan teh hijau harus dijadikan amalan harian untuk menguatkan sistem imunisasi badan dan mengurangkan kerosakan sel-sel badan. Pendek kata, kombinasi ini seumpama ubat untuk sebelum sakit.

Kajian mendedahkan kunyit dan teh mengandungi khasiat yang dapat mencegah kita daripada pelbagai penyakit.Kita sering mengambil mudah bila diceritakan tentang kehebatan kunyit. Mungkin kerana ia bahan yang sering kita temui di dapur. Namun bahan yang digunakan nenek moyang kita kini mendapat perhatian yang serius daripada pakar-pakar hospital ternama di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah. Kehebatan herba ini terletak pada ekstrak pigmennya yang memberikan warna kuning kepada kunyit. Pigmen ini mempunyai banyak khasiat dan berupaya mengubati pelbagai jenis penyakit dikenali sebagai curcumin. 

Curcumin 

Melawan Kanser
Curcumin adalah antara bahan penyembuh yang terbaik dalam dunia perubatan tradisional dan moden. Sebiji pil daripada ekstrak curcumin ini seolah-olah mengambil 20 sudu teh serbuk kunyit yang terdapat di setiap dapur. Menurut pakar perubatan dari Pusat Kanser Texas, curcumin mempunyai keupayaan anti oksidan yang mampu meneutralkan radikal bebas yang menjadi akar umbi kepada penyakit kanser. Radikal bebas merupakan bahan kimia yang meresap ke dalam darah dan merosakkan sel-sel dalam badan. Menurut salah seorang pasukan penyelidik ini, Dr. Thomas Evans, curcumin yang mengandungi komponen bioaktif polifenol membantu mencegah tanda-tanda awal kanser. 



Anti radang
Selain kanser, curcumin juga sangat baik untuk melawan radang yang menyebabkan bengkak, angin, sakit-sakit sendi dan sengal badan. Kepada mereka yang mengalami sakit-sakit artritis yang disebabkan juga oleh radikal bebas, curcumin ialah bahan utama yang meringankan beban kesakitan. Dalam kajian ke atas para pesakit artritis di Eropah, pakar perubatan mendapati khasiat curcumin boleh dibandingkan dengan ubat-ubatan tahan sakit moden seperti phenylbutazone. Malah didapati para penghidap artritis merasakan kekurangan sakit pada waktu pagi, mampu berjalan dengan lebih lama dan bengkak berkurangan. Selain itu, curcumin juga membantu mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. Sumber:utusan malaysia 6/4/2014.





 Cinch Energy Tea Mix.




Adunan Proprietari Teh Putih, Merah dan Hijau Matcha yang ada umph!

Teh eksotik putih, merah dan hijau matcha dipetik dan diadun dengan berhati-hati untuk mewujudkan minuman luar biasa hebat.  Ia dapat meningkatkan tenaga secara semulajadi dan rasa nyaman.
•    Selamat, peningkatan tenaga semulajadi.  Diminum secara panas atau sejuk.
•    Merupakan alternatif minuman bergula dan kopi terbaik.
•    Peningkatan tenaga segera.
•    Bungkusan mudah bagi setiap satu hidangan

Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.



Bahan2 Yang Terdapat Di Dalam CINCH ENERGY TEA MIX :
  • Taurina
    * menggalakkan metabolisme
    * lebih bertenaga
    * larutkan lemak
    * membantu menghasilkan otot tanpa lemak

  • Matcha Green Tea Powder – teh hijau gred tertinggi dari Jepun (the greener than green superfood)
    * antioksida yang sangat tinggi
    * energy booster
    * metabolisme booster
    * bakar kalori up to 4x

  • White Tea Extract –teh yang menjalani pemprosesan paling minimum
    * membakar lemak-lemak berlebihan
    * menghalang penghasilan sel lemak yang tidak perlu
    * meningkatkan metabolisme
    * juga dikenali sebagai teh hijau bayi dengan mempunyai kandungan antioksida yang lebih tinggi berbanding teh hijau

  • Rooibos Red Tea Extract –tumbuhan herba dari Afrika yang juga dikenali sebagai “The Miracle Tea” atau “Long Life Tea”
    * melarutkan lemak
    * meninggikan kadar metabolisme iaitu pembakaran lemak
    * agen detox yang kuat

  • Red Tea Extract
* Salah satu antioksidan yang dijumpai dalam teh merah, yang dikenali sebagai polifenol - pejuang kanser yang kuat

* Polifenol membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas
*merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang tumor dari merebak.
 Selain daripada itu, sesiapa yang kurang bersenam juga digalakkan mengambil Cinch Tea Mix ini untuk membantu boostkan lagi metabolisma kita serta bagus untuk sesiapa yang ingin Mengurangkan Berat Badan =)

0 comments: