Keracunan makanan.

4:15 PM Unknown 0 Comments






Keracunan makanan sebenarnya selalu terjadi. Akan tetapi di dalam sesetengah kes ianya juga boleh membawa maut. Mereka yang dijangkiti keracunan makanan ini kadangkala tidak menunjukkan sebarang simptom atau mempunyai simptom seperti ketidakselesaan perut hingga keadaan yang lebih teruk seperti dehidrasi yang teruk dan najis berdarah serta koma.
Terdapat pelbagai jenis jangkitan bakteria yang menyebabkan keracunan makanan ini. Antara yang kerap terjadi adalah disebabkan ole bakteria seperti 'Campylobacter, Salmonella, Shigella, E.Coli, Listeria dan botulism'.

Bakteria tersebut boleh merebak dalam pelbagai cara,antaranya:

·         Semasa pemprosesan makanan: Adalah normal bagi bakteria berada di dalam usus haiwan akan tetapi apabila bakteria ini merebak ke daging ini akan menyebabkan daging tersebut tercemar. Antara bakteria yang selalu merebak melalui cara ini ialah seperti 'Campylobacter,salmonella, dan E.Coli'.

·         Semasa proses penanaman; Buahan dan sayuran boleh tercemar sekiranya disiram atau dibasuh dengan air yang tercemar dengan bahan buangan daripada haiwan atau manusia. Antara bakteria yang boleh merebak dengan cara ini ialah 'Staphylococcus,E.Coli dan shigella'.

·         Semasa pengendalian makanan: Makanan juga boleh tercemar jika dikendalikan oleh orang yang tidak sihat. 'Cross contamination' juga boleh terjadi jika menggunakan peralatan yang tercemar.

·         Persekitaran: Terdapat pelbagai bakteria yang terkandung di dalam udara,air dan habuk di sekeliling kita. Bakteria ini dapat mecemarkan makanan yang terdedah, contohnya adalah bakteria 'Clostridium'. 

SIMPTOM:
Simptom pertama yang akan muncul ialah cirit birit atau diarrhea. Simptom lain yang akan berlaku ialah seperti loya, muntah, dan sakit pada bahagian perut. Simptom ini berbeza bergantung kepada jenis bakteria yang menjangkiti tubuh manusia, umur dan keadaan kesihatan individu.
Tidak semua keracunan makanan mempunyai simptom di atas, simptom yang lebih teruk seperti lemah tubuh badan, kebas-kebas, perubahan pada perlakuan boleh terjadi.

APA YANG TERJADI DI DALAM TUBUH ANDA:
Setelah bakteria memasuki saluran makanan, bakteria akan bergerak daripada perut ke usus. Di sini bakteria akan melekat pada dinding usus dan akan mula membiak. Sesetengah bakteria akan terus berada di usus dan ada yang akan mengeluarkan racun/toxin yang seterusnya akan diserap di dalam saluran darah. Proses ini akan memakan masa selama beberapa jam atau hari bergantung kepada jenis bakteria yang memasuki tubuh.
Kebanyakan bakteria menyebabkan simptom yang tipikal seperti cirit birit, muntah dan kesakitan pada bahagian perut. Ini adalah disebabkan respon tubuh yang normal untuk mengeluarkan bakteria di dalam tubuh.

Selalunya tubuh akan pulih dalam masa beberapa hari apabila semua toksin dan bakteria dapat dikeluarkan. Tubuh akan menjadi sedikit lemah dalam proses ini. Akan tetapi sesetengah bakteria akan menyebabkan kerosakan pada tubuh yang lebih teruk seperti koma, kerosakan buah pinggang dan organ lain.

DAPATKAN RAWATAN JIKA:

·         Anda mengalami simptom dehidrasi yang teruk. Ini termasuklah pembuangan air kencing yang sedikit, nafas yang laju, berdebar-debar, pening dan mahu pitam dan perubahan perwatakan.

·         Jangkitan kuman 'botulism' daripada makanan di dalam tin yang tercemar akan menyebabkan penglihatan 'double-vision', mengalami masalah untuk menelan atau bernafas dan keadaan tubuh yang tiba-tiba lemah.

·         Cirit birit yang teruk(setiap 1-2jam) yang berlaku melebihi 2 hari untuk orang dewasa.

·         Muntah-muntah melebihi sehari untuk orang dewasa.

·         Ibu mengandung yang mengalami simptom-simptom di atas.

·         Sakit perut yang sangat teruk.

·         Kanak-kanak, orang tua dan mereka yang mengalami masalah kesihatan adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan secepat mungkin.

RAWATAN SENDIRI DI RUMAH:

Jika anda mengalami simptom yang ringan dan tidak membimbangkan, rawatan di rumah boleh dilakukan dengan sendiri. Untuk mengelakkan dehidrasi, minum air sebanyak mungkin. Jika boleh, minum air masak atau air garam setiap kali membuang air besar. Air yang bergula seperti jus dan soda adalah tidak disarankan kerana tidak dapat menggantikan elektrolit-elektrolit yang hilang.
Makan seperti biasa jika boleh. Ini akan membantu tubuh mendapat zat-zat nutrien yang diperlukan. Ini akan dapat mencepatkan proses penyembuhan. Kurangkan makanan berlemak dan bergula, makanan yang pedas dan kopi sehingga 2 hari selepas simptom hilang.

ORS dapat membantu dalam menggantikan elektrolit yang hilang.

Untuk kanak-kanak, mereka memerlukan jagaan yang lebih teliti. Berikan mereka minum setiap jam dan teruskan diet yang normal untuk mereka. Makanan yang baik adalah seperti kentang, daging ayam tanpa lemak, bijirin dan buahan serta sayuran. Kurangkan makanan manis dan berlemak.

Seterusnya adalah penting untuk kita mengambil langkah berjaga-jaga semasa mengendalikan makanan atau memilih tempat untuk membeli makanan. Ini kerana keracunan makanan ini juga dapat memberi kesan yang sangat teruk terutamanya pada kanak-kanak. Pilihla tempat yang bersih dan diyakini.

Selamat menyambut ramadhan al mubarak.
Artikel ini disunting daripada laman web : WebMD

0 comments: