Masalah Mata Rabun

12:10 PM Unknown 0 Comments


Terdapat beberapa masalah mata yang selalu terjadi,antaranya ialah:

1. Myopia Myopia bemaksud rabun jauh. Myopia terjadi disebabkan oleh ralat pembiasan dimana imej ataupun objek difokuskan dihadapan retina mengakibatkan ketidakupayaan untuk melihat objek jauh dengan jelas.
Seseorang yang mempunyai masalah myopia ini hanya akan boleh melihat dengan jelas objek yang dekat sahaja. Walaubagaimanapun, ianya boleh diperbetulkan dengan menggunakan kanta ataupun cermin mata cekung. Myopia ini sering berlaku dikalangan kanak-kanak (Norshidah Mohd Salleh, 2012).


2. Hyperopia
Hyperopia juga dikenali sebagai rabun dekat. Hyperopia adalah keadaan dimana objek yang jauh boleh dilihat dengan jelas dan terang manakala objek yang dekat dilihat kurang jelas dan tidak dapat difokuskan dengan baik. Penghidap hyperopia ini hanya boleh melihat objek yang jauh dengan jelas berbanding melihat objek yang lebih dekat.
Hiperopia biasa terjadi dari variasi biological yang normal dan umur yang tua boleh berlakunya keadaan hiperopia ini. Bagi hiperopia patologi pula berpunca daripada kelainan congenital ataupun akibat dari ketumbuhan. Manakala hiperopia fungsional adalah disebabkan oleh pengaruh proses akomodasi. Kontraksi otot siliari semasa proses akomodasi tersebut akan meningkatkan kuasa refraktif kanta kristalin dimana darjah hiperopia boleh dibetulkan.


3. Astigmatisme
Rabun silau atau astigmatisme ini berlaku disebabkan imej yang terbentuk lebih dari satu titik fokus. Menurut Al Lens (2005), astigmatisme ini adalah disebabkan oleh permukaan bentuk kornea yang tidak rata. Apabila ini berlaku, cahaya yang masuk tidak dapat difokuskan pada satu titik sahaja.
Imej yang terbentuk kurang jelas dan tepat dan menyebabkan pengurangan dan ketepatan penglihatan. Oleh yang demikian penglihatan akan menjadi silau (Norshidah Mohd Salleh, 2012). Kebanyakan mata manusia mempunyai masalah astigmatisme sekurang-kurangnya sedikit darjah (Shahrin Ismail, 1997).

Carotenoids penting di dalam makanan.

Shaklee CarotoMax
Di Shaklee, Vitamin A Shaklee adalah dari jenis caretonoids, atau pro-vitamin A yang akan ditukarkan menjadi vitamin A bila diperlukan. Dahulunya ia dikenali sebagai Beta Carotene. Setelah dipertingkatkan formula, Vitamin A Shaklee kini dikenali sebagai CarotoMax.
Terdiri daripada Enam Karotenoid Terbaik!


Jom sesiapa yang mempunyai masalah mata bolehla mencuba CaratoMax Shaklee. InsyaAllah masalah rabun dapat dikurangkan sedikit demi sedikit di samping memelihara mata anda.

Sayangi anugerah terindah Tuhan untuk kita.

Anda boleh membeli caratomax secara terus di sini:
KLIK DI SINI UNTUK MEMBELI CARATOMAX ANDA DI ESELL SHAKLEE

0 comments: